|
|
| Wednesday, 1-Oct-2008 09:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT HARI RAYA
|
|
Di wad inilah Mifdal ditempatkan,hanya ibubapa shj yg dibenarkan melawat dan tak bleh tangkap gambar tp gambar2 yg aku tangkap adalag secara curi2 guna D80 la,hehehe...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Sep-2008 15:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KELAHIRAN YANG DINANTI..
|
|
ALHAMDULILLAH,ISTERIKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SULONG KAMI PADA HARI NI JAM 7.30PM ,TAPI ANAK TAK CUKUP BULAN(7BLN). ANAKKU TELAH DIMASUKKAN KE ICU KERANA PARU2 MASIH TAK MATANG DAN LEMAH. DOAKANLAH ANAKKU SELAMAT DAN DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI KANAK2 LAIN..AMIN..
23 september: Alhamdulillah anak aku dah keluar drpd icu dan ditempatkan ke wad biasa tp masih lagi diletak dlm incubator dan ventilator(bantuan pernafasan).Semoga Muhammad Mifdal Saifullah akan bertambah baik dan cepat bleh keluar hospital..amin..
24 sept: Doktor kata MMS semakin kuat,insyaAllah dlm 2-3minggu lg dia ble discharge dah..yg paling melucukan anak aku ni ketika nurse dok cuci badan &tukar lampin dia,dia relaks ja xmengais langsung mcm baby2 yg lain,nurse kt MMS ni budak baik,alhamdulillah hrp2 masinla kt2 nurse tu insyaAllah.
27 sept: hari ni dia kena kuning balik tp tak tinggi sgt la,mengikut doktor xdak masalah yg serius sgt,semua ok cuma usus dia tak ble nak digest dgn baik sbb pre-matured mmg mcm tu so doktor bg mkn secara perlahan nak bg usus dia biasa dgn makanan luar perut. Secara naturenya,dia sepatunya makan makanan dr ibu dia sampai bln ke9,pastu barulh usus dia matang.
30sept: mlm sebelum raya,org len sibuk dok psng langsir masak lemang ketupat,tp aku&isteri aku sibuk nak ke hospital nk melawat Mifdal.Alhamdulillah,Mifdal dah keluar dr incubator dah,tp masih dlm wad baby tu.Bila aku sampai dia terus senyum menyambut kedatangan ummi&walid dia di mlm raya.Thn ni kami beraya di Penang lah.Semoga Mifdal terus sihat...amin..
pic2 diatas aku snap secara curi2 guna camera hp aku,coz dlm icu ward xble bwk hp,apatah lg snapping..aku snap pn coz nak tunjuk kt bini aku,dia rindu sgt,dia xble nak dtng sbb xbrapa ok lg tmpt jahitan tu,so xble bnyk bergerak...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Sep-2008 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
MARHABAN DI ASTRO
VENUEsunway carnival
banyak artis drpd akademi fantasia turut serta..sempat aku snap artis2 AF pujaan remaja masa kini..antara artis2 AF yg ada adalah Mawi,Farah,Mila,Ayu dan bnyk lagi sampai aku pun tak kenal
Versatile Images Photography(VIP)
Muhammad Fahmi
+6019-5234-175
fotosufi@yahoo.com
VIP photo blog: http://versatileimage.fotopages.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Sep-2008 14:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
SOON KEAT+YUEN THENG
VENUErafflesia ballroom,tanjung bunga beach hotel
DATE13/9/08
JOBwww.romantis-studio.com
OPjijan&zaly TAGfahmi
my very first chinese wedding..enjoy it ...
Versatile Images Photography
Muhammad Fahmi
+6019-5234-175
fotosufi@yahoo.com
VIP photoblog: http://versatileimage.fotopages.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Sep-2008 15:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MY MERDEKA DAY @ BALING KEDAH
|
|
Pada tahun ini aku menyambut hari kemerdekaan di kampung halaman kedua orang tuaku di Baling Kedah,dua2 mak bapak aku berasal dari sini,kampung pun sebelah-menyebelah jer.Sambutan di daerah ini agak simple,tidak seperti di tempat2 lain.Apapun ada perkara yang menarik berkenaan sambutan detik 12mlm di sini,layan dan nilailah sendiri.."lu pikirla sendiri"
Antara beberapa pic2 yg sempat disnap pada 30hb,sehari sebelum merdeka di sekitar pekan Baling. Sambutan tidak semeriah yang diharapkan,tapi auranya masih juga terasa walaupun tak berapa kuat.
Inilah perkara yang menarik yang aku bgtau tadi,aku sempat pusing2 sebelum detik 12mlm.Ada dua tempat penduduk Baling menyambut detik 12mlm,di satu sudut.....
ada sebuah mini funfair diadakan dimana bilangan pengunjungnya boleh dikatakan agak ramai, paling ramai biasalah,muda mudi yang dahagakn hiburan. Di satu sudut lagi...
satu sambutan menyambut detik 12 berhadapan dgn masjid baling,ada berzanji,bacaan al-Quran dan juga nyanyian nasyid.Majlis ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Sep-2008 15:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pilihanraya Kecil PERMATANG PAUH
|
|
Pilihanraya kecil Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan Presiden PKR Dato Seri Wan Azizah bagi memberi laluan kepada suaminya DSAI yang merupakan penyandang parlimen ini sebelum beliau dipenjarakan pada tahun 1998.Permatang Pauh menjadi tumpuan bukan sekadar dari seluruh negara malah dari seluruh dunia kerana dikatakan jika DSAI memenangi kerusi ini,ia umpama sebelah kaki sudah berada di Putrajaya.Beliau menetapkan 16 September sebagai tarikh keramat bagi peralihan kuasa.Seluruh jentera parti komponen kerajaan dan pembangkang turun ke Permatang Pauh bagi membantu calon masing-masing kerana kerusi ini amat penting bagi kedua-dua belah pihak.
keadaan di Permatang Pauh semasa tempoh berkempen
Dsai ketika berkempen di Kampung Pertama.Ribuan penduduk dan pengundi di sekitar di Permatang Pauh terumpu disini bagi mendengar amant-amanat dari DSAI.Selain dari beliau,pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain seperti Tan Sri Khalid,YB Azmin Ali,YB Ronny Liew,Mustapha Kamal dan lain-lain turut serta memberi ceramah.
Gelagat-gelagat penyokong PKR disekitar Permatang Pauh yang sempat dirakamkan,walaupun hujan mereka tetap sanggup datang juga.Pelbagai kaum,melayu,cina dan india berpusu-pusu ke ceramah-ceramah DSAI yang diadakan di merata tempat di seluruh kawasan parlimen ini.Semangat pengundi-pengundi di Permatang Pauh sangat mengkagumkan.
Solat hajat ini diadakan di Masjid Batu ini dihadiri oleh ribuan penyokong DSAI sehingga ada yang terpaksa bersolat diluar,fotosufi sendiri terpaksa menunaikan solat maghrib di tempat wuduk.Solat hajat bermula selepas solat maghrib dan selepas solat hajat DSAI memberi sedikit tazkirah kepada semua hadirin sebelum beliau terpaksa beredar kerana perlu berkempen di tempat-tempat yang lain.Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustz Salleh.Rata-rata hadirin yang ditemubual oleh fotosufi memang sangat mengharapkan kemenangan yang besar kepada pihak PKR,mereka sangat yakin akan kebolehan dan kreadibiliti yang dimiliki DSAI bagi melakukan perubahan untuk membela nasib mereka.
VENUESek.Keb Seri Penanti(Tempat DSAI membuang undi)
Tetapi fotosifi tak sempat merakamkan Anwar membuang undi kerana lewat tiba kerana ada urusan peribadi di rumah,tetapi rakan-rakan yang lain berjaya merakamkan detik tersebut.Rakan-rakan yang lain yang turut serta adalah Zaly,Bazuki Muhammad/Reuters,Ayarx dan lain2.Dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan photojournalist yang lain serta freelance2 yang lain,satu pengalaman yang sangat menarik sekali.
Penyokong-penyokong PKR dikawal rapi oleh FRU bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku,namun penyokong dikedua belah pihak tidak menimbulkan sebarang masalah cuma pagi tadi berlaku beberapa pergaduhan kecil sehingga menyebabkan seorang penyokong PKR ditahan polis kerana melakukan provokasi terhadap FRU tetapi apa yang menghairankan,Buletin 1:30 TV3 melaporkan penyokong PKR tersebut telah mencederakan seorang wanita tua dengan menolaknya sehingga jatuh terduduk.
Gelagat penyokong-penyokong dari BN,juga dikawal rapi oleh FRU.Kedua-dua penyokong saling bersorak bagi menyatakan pendirian masing-masing namun tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku hasil kawalan rapi oleh pihak polis sehingga fotosufi sendiri diberi amaran 2 kali supaya berada jauh dari kawasan sekolah,kalau masih berdegil akan ditahan.Tanpa melawan dan melakukan sebarang provokasi,fotosufi beredar dari situ.Peace no war!Mereka hanya menjalankan tugas,begitu juga dengan fotosufi sendiri yang cuba merakamkan situasi didalam kawasan sekolah.
Wajah-wajah bakal peneraju negara masa depan,mungkin mereka tadak memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku namun mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama memeriahkan suasana yang jarang-jarang berlaku.Gambar bawah kanan sekali,Zaly bersama bro Bazuki Muhammad/Reuters terpaksa merempit bagi mengelakkan kesesakan yang teruk.
Dato Seri Anwar Ibrahim,Ketua Umum PKR meraikan kemenangan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bersama dengan Presiden PKR Dato Seri Wan Azizah dengan majoriti kemenangan yang jauh lebih besar dari isterinya sebelum ini.Turut serta meraikan kemenangan beliau adalah Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Dato Husam Musa dan pemimpin-pemimpin pakatan yang lain.
Padang maktab dipenuhi oleh puluhan ribuan penyokong PKR bagi meraikan kemenagan yang bersejarah ini,difahamkan padang dipenuhi penyokong sejak petang lagi sehinggakan bahu jalan Lebuhraya BKE menjadi medan meletak kenderaan dan susur keluar ke maktab ditutup kerana terlau penuh dengan kenderaan.Tidak langsung kelihatan kelibat penyokong BN di sekitar kawasan maktab dan juga didalam dewan besar,tempat penjumlahan undi,Calon BN juga tidak kelihatan.Diberitahu pemimpin-pemimpin BN membuat sidang akhbar di Hotel Sunway.Kemenangan DSAI diraikan oleh penyokong dengan tembakan bunga api beberapa minit,kelihatan juga adik Adiputra kanak-kanak genius turut serta datang bersama keluarga bagi memberi sokongan.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Sep-2008 15:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HEFNI+ZETY
|
|
VENUEkangar perlis
DATE23 Ogos 2008
JOBazad BACKUPzaly+fahmi
Hefni merupakan schoolmate fotosufi tapi berlainan kelas..bekerja dengan pasangan
raja sehari ni cukup mudah kerana kedua-duanya tidak kekok untuk memberi pose2
yg diminta oleh kami.Kenduri cukup meriah,susun atur acara majlis difahamkan telah
disusun oleh sedaranya sendiri yg bertugas di Istana Negeri bertanggungjawab dlm hal
ehwal protokol dlmistana,hmmm eloklah tu,ini pun 'raja' gak, raja sehari .
makeup berlangsung di Putra Palace Hotel
menggunakan teknik paparazzi,hehehe ..muat juga badan aku yg besar ni
utk kuar ikut tingkap kereta ni...
untuk shooting outdoor,kami sepakat memilih padang golf batu pahat..takut gak
nanti tengah2 dok kusyuk shoot,terkena bola golf,masak kepala aku
tidak berpuas hati dengan venue yg pertama kerana tak bnyak shot yg dpt
diambil,Hefni bagi cadangan shoot di sawah padi berhampiran dgn rumahnya..
memang cantik tempatnya..jom layan...
thanks pd pengantin,pd zaly & azad..memang enjoy sangat2 hari ni..
VIP
Muhammad Fahmi
+6019 5234 175 | +6017 5545 910
fotosufi@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Sep-2008 14:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AZHAR+MAJMIN
|
|
Azhar ni adalah saudara sebelah mak aku,pangkat dia bapak saudara la kalu ngan aku tp muda lg.
Aku dipahamkan Azhar bekerja dgn sebuah production house di KL.Antara program2 diorang adalah
Wakenabeb &juga program di Astro Oasis serta di stesen2 tv yg lain.Job ni pun sj ja aku pi snap,FOC,
untuk koleksi aku.Layanlah org Baling buat kenduri kawe..shempoi lah..
terima kasih kpd Tok Wan Tat sekeluarga..
Muhammad Fahmi
+6-019-5234175|+6-017-5545910
fotosufi@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Sep-2008 21:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AKMAL+NORAINI
|
|
VENUEkuala sanglang perlis
DATE10/8/08
JOBabu kulim
TAGazad fahmi & team kulim(total 5photographer)
Job ni dijemput oleh azad,kebetulan aku memang nak balik kg so joinlah
team kulim ni,bolehla berkenalan ngan diorang ni.Kedua-dua pengantin ni
aku dipahamkan bekerja di Kulim,diorang ni adalah ahli kelab kereta di Kulim
nuu..mengikut cerita Abu,bibik2 percintaan kedua mempelai ni bermula di dlm
kelab ni lah&aku dipahamkan jugak yg pengantin pompuan ni pun mempunyai
kereta jenis wira yg telah dimodified la,enjin pn tukar.Kiranya macam dalam citer
KL Drift tp ini Kulim Drift tp diorang ni bkn drifter la .Kenduri berlangsung di kuartes
balai polis kuala sanglang,bapa pengantin lelaki seorang anggota polis..k JOM LAYAN
beberapa pic dari aku..
inilah kereta yg digunakan sebagai kereta pengantin milik pengantin lelaki
dan baru ja dibeli,sempena majlis ni lah kot,mmg mantap
posing2 dalam bilik pengantin..
outdoor di taman budaya perlis..
aksi yang dirakamkan secara candid..heheehe
pasangan ni memang romantik dan sporting ditambah pulak dengan sifat2
fotogenik pasangan ni memudahkan kami buat kerja..terima kasih pd
pihak pengantin serta keluarga..tetapi di sebelah mlmnya aku
kena demam panas&cirit birit,mc lah selama 3hari..mungkin sbb cuaca panas
kot,tp apapn thanks to Akmal&Noraini..
VERSATILE IMAGE PHOTOGRAPHY(VIP)
Muhammad Fahmi
+6-017-5545910|+6-019-5234175
fotosufi@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Aug-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AMIR+SABRINA
|
|
VENUEsungai petani
DATE12/7/08
OPzaly BACKUPfahmi
shooting dengan amir&sabrina sempoi coz diorang ni memang sporting..
lagi 1 yg menarik adalah,rupa2nya diorang ni member kpd abg aku, member
1 opis di Telekom HQ KL,kebetulan plak ek ..jom layan..
outdoor kitorang pilih sebuah jeti yg masih dlm proses pengubahsuaian,venue
yg kedua adalah sawah padi berdekatan dengan jeti td..memang cantik view
ni..sempoi lah!!
Muhammad Fahmi
+06-017-5545910|+06-019-5234175
fotosufi@yahoo.com
|
|
|
|
|